Monday, May 11, 2009

Futsal 10 Mei 2009


Futsal adalah aktiviti sosial bagi penduduk Kajang Prima yang bernaung di bawah Kelab Sukan Kajang Prima. Aktiviti ni dijalankan secara mingguan dan antara koleksi yang sempat dirakamkan oleh Kuda Laut 19 adalah pada 10 Mei 2009 di tempat biasa Sport Planet Bandar Tek Kajang. Hari tu seramai 13 orang Kajang Prima All Star telah turun beraksi dengan dipimpin oleh Captain Nizam. Kuda Laut 19 sempat merakamkan beberapa aksi pemain untuk tatapan bersama.

Sesi futsal 10 Mei tidak begitu menggembirakan kerana Pengerusi Kelab Sukan kita yang penuh karisma, saudara Shah tidak dapat beraksi kerana ditimpa musibah ........ kabarnya petang tersebut kereta saudara Shah telah dicalarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab .... Kuda Laut 19 mengutuk keras tindakan kebudak-budakkan tersebut (yang ada unsur vandalisme) ... kepada saudara Shah diharap dapat bersabar dengan dugaan tersebut .....

Balik kepada sesi futsal kita .... yang beraksi mantap pada petang tersebut tentulah Captain Nizam kita dan Amir yang berupaya beraksi selama 60 minit tanpa henti .... paru-paru dia orang ni besar kot .... Macam David Backham ..... Kuda Laut 19 macam biasa lah .... 2 minit aje .... 109 kg .... mana tahan bro ....

Yang menarik juga ... Fadzri telah kembali beraksi ... walaupun masih di bawah keupayaan sebenar ... kecederaan lutut yang membelenggu prestasi .... ternyata kehadiran Fadzri telah memberikan impak maksima kepada perlawanan petang tu .... Tapi yang menariknya .... Rashdan .... selain dari telah menjaringkan beberapa gol .... juga telah mempamerkan gaya rambut barunya .... ala-ala Ronaldo dan Roberto Carlos ...... kelas gitu Rashdan .......

Yang lain juga telah mempamerkan permainan yang bersemangat ..... Abang Zali dan Fendi yang hebat jadi keeper, Zaini keeper merangkap defender .... Amin yang tak berhenti berlari, Rahin (pemain rajin), Rashdan (Rashdan score goal hari tu), Man (kereta kebal), Han (power tu....) dan Yus (Yus jadi striker hari tu) .....

Petang tu Fendi siap pakai jersi Arsenal lagi .... Amir jersi Manchester United dan Rashdan mempamerkan jersi Barcelona ..... Semoga rakan yang lain boleh join di sesi futsal yang akan datang .... Sokonglah aktiviti kelab sukan kita .... kalau bukan kita siapa lagi nak sokong ..... Adios ....

1 comment:

Anonymous said...

yeahhhhh, hidup futsal kajang prima.