Friday, May 22, 2009

Perjumpaan Ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi Kajang Prima

Untuk makluman bersama, Kelab Sukan Dan Rekreasi Kajang Prima (KSRKP) akan mengadakan perjumpaan bersama ahli kelab pada 23 Mei 2009 jam 2.30 petang bertempat di No. 2-1, Tingkat Satu, Jalan KP 1/8, Kajang Prima (bersebelahan Beach Cafe). Mari lah datang beramai-ramai. Sokong lah kelab sukan kita.

Wednesday, May 13, 2009

Residents object to plan to erect building on playground March 2007

Residents object to plan to erect building on playground
The Star Online Friday 09th March, 2007

By ESTHER CHANDRAN Photos by DARRAN TAN


RESIDENTS of Taman Kajang Prima in Kajang recently got together to voice their objection over a proposal to put up a building on their playground at Jalan KP2/13.

The Taman Kajang Prima Residents Association made a formal complaint on Jan 27 following a discussion with the Kajang Municipal Council (MPKj).

Dr Rasa: Bought the house in Taman Prima Kajang because of the playground.

Its adviser, Khong Chee Seng, said residents found out about the proposal when several men came to measure a length of the playground.

Resident Siri Khandan Cumaravelu, 64, said he saw a group of men holding building plans one morning in early January.

“Later we noticed boundary markers on the field,” he said, adding that he almost tripped on one of the markers while walking at the playground.
Siri Khandan said residents actively used the playground for walks and jogs while children played around freely there.

Another resident, Dr Pathma Rasa, 47, said residents removed the boundary markers.
“The markers were actually sticks sticking out of the ground and children play here.
“These were dangerous so we took them out,” he said, adding that the men had also dug holes and cemented the holes to indicate a marking.

Green lung: Adults and children at the playground in Taman Kajang Prima.

Dr Rasa said he bought the house in Taman Prima Kajang because of the playground.
Khong said the residents were against any form of construction on the playground.

“We checked the development order and found that the playground was specifically for the public to use for recreational and exercise purposes,” he said. Khong said checks with MPKj also showed that no approval had been given for the building to be put up at the playground.

Kelulusan tapak pembinaan Surau As-Syakirin ditarik balik November 2007

Kelulusan tapak pembinaan Surau As-Syakirin ditarik balik
Harian Metro, 4 November 2007
KAJANG:
Kira-kira 150 keluarga Islam di Kajang Prima, di sini, kecewa apabila kelulusan tapak pembinaan Surau Al-Syakirin ditarik balik kerajaan berikutan bantahan sebahagian penduduk di kawasan berkenaan.Jika pembinaan surau itu tidak dibenarkan, masyarakat Islam di situ terpaksa menumpang surau di Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari Kajang Prima, untuk menunaikan solat berjemaah.
Difahamkan, penduduk berusaha mendirikan surau itu selepas tapak asal yang disediakan pemaju diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk membuat lebuh raya.Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, M Said Idris, berkata penduduk kecewa selepas tapak surau seluas 0.25 ekar ditarik balik berikutan sebahagian penduduk taman itu membuat piket bagi membantah pembinaannya pada 15 Januari lalu.
Beliau berkata, bantahan itu menyebabkan kelulusan membina surau terpaksa ditangguhkan pada 31 Januari lalu sebelum projek itu dibatalkan dengan menggantikan pembinaan masjid di Taman Asa Jaya, di sini, kira-kira dua kilometer dari taman berkenaan.
“Mengikut perancangan yang diluluskan, surau berkenaan boleh menampung kira-kira 150 jemaah setiap waktu dan dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti riadah.“Ketika itu, penduduk lega dengan kemudahan yang dijanjikan kerana tidak perlu berjalan jauh untuk ke surau bagi menunaikan solat berjemaah,” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri anjuran Surau Al-Syakirin, di sini, semalam.
M Said berkata, minoriti penduduk Islam di taman itu menuntut hak surau berkenaan kerana dalam tempoh enam tahun mereka terpaksa menumpang di sekolah terbabit untuk beribadat.“Selain itu, penduduk terpaksa membayar RM300 kepada sekolah itu untuk menjelaskan bayaran elektrik dan air yang digunakan jemaah,” katanya.
Kata M Said, kemudahan surau di situ terhad kerana penduduk hanya dibenar menunaikan solat berjemaah pada Maghrib dan Isyak.

Sembahyang Berjemaah Atas Jalan Januari 2008

Sembahyang Berjemaah Atas Jalan
Oleh Helmy Abd Rahman
Harian Metro, 11 Januari 2008

KAJANG: Agak mengharukan apabila sebilangan besar masyarakat Islam di Kajang Prima di sini, terpaksa menyambut kedatangan Maal Hijrah semalam dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan surau selain memerlukan permit polis untuk menganjurkan majlis agama sempena sambutan berkenaan.

Begitupun, keadaan itu tidak melemahkan semangat penduduk terbabit yang tetap bersatu hati dengan bersama-sama bersolat Maghrib secara berjemaah atas jalan dan menjalankan beberapa aktiviti keagamaan serta jamuan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, Mohd Rashdan Rohani, 33, berkata walaupun sebelum ini kerajaan Selangor berjanji membina masjid di kawasan itu, mereka tetap memerlukan surau supaya 600 penduduk Islam dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih terurus.
Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pengurusan Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari taman itu, tidak lagi membenarkan penduduk menggunakan surau sekolah terbabit untuk solat Maghrib dan Isyak.

“Sepatutnya ada peruntukan membina surau di kawasan sekitar selepas tapak asal diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (Silk).

“Kami bukan menolak pembinaan masjid yang akan dilakukan kerajaan negeri, malah cukup gembira dan bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan tetapi persoalannya kini, tapak masjid yang akan dibina itu belum pasti dan berdasarkan apa yang diberitahu pihak bertanggungjawab, satu masjid akan dibina bagi menggantikan tapak surau yang diambil di Taman Asa Jaya kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashdan berkata, penduduk Islam di kawasan itu berasa seperti ditindas apabila perjuangan lima tahun bagi mendapatkan surau ‘musnah’ sekelip mata.

Menurutnya, penduduk terkilan apabila pembinaan surau yang memerlukan hanya 0.1 hektar daripada seluas 3.3 hektar di taman permainan sedia ada, dibatalkan berikutan bantahan beberapa individu yang tinggal berhampiran tapak itu.“Kami harap mereka boleh bertolak-ansur untuk membina surau kerana ia untuk kemudahan kami menunaikan solat berjemaah. Malangnya, mereka menolak setiap kali kami mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah ini.

“Kami tidak mahu masalah surau dibesarkan dan ia perlu diselesaikan segera sekali gus boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati antara penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AS-SYAKIRIN MAHU KEADILAN DISEMBER 2007

Sunday, December 23, 2007
Majlis Korban & Aqiqah anjuran Surau Al-Syakirin, Kajang Prima pada 22/12/2007
Assalamualaikum,Alhamdulliah, semalam kami berjaya menjalankan ibadah korban walaupun menghadapi gangguan daripada golongan yang cuba menghalang kami menunaikan tanggungjawab kami kepada agama Islam.Di sini kami berikan fakta - fakta yang berlaku untuk tindakan & renungan kepada pihak yang mempunyai kuasa supaya berbuat sesuatu sebelum "cempedak menjadi nangka".
1. Tahukah anda, hanya di Kajang Prima untuk melakukan ibadah korban perlu memohon permit walhal satu malaysia juga melakukan ibadah korban tetapi terlupa memohon permit polis.
Alhamdulliah, permit polis telah diluluskan oleh OCPD Hulu Langat. Kenapa Kajang Prima sungguh istimewa? Kajang Prima terletak di negara China atau India kah?
2. Tahukan anda, sungguhpun permit polis diperolehi tetapi tetap bermasalah. Beberapa panggilan telah dibuat ke Balai Polis Kajang oleh orang kafir untuk menghalang kami menjalankan ibadah korban, TAHNIAH kepada polis kerana tidak melayan perkara remeh temeh.
Bukan ini negara Islam dimana hak menjalankan kegiatan agama dijamin oleh perlembagaan?? Bukan kah gitu....
3. Tahukan anda, seorang kafir cuba memprovoke kami dengan memberi alasan penanaman sisa korban dikatakan mencemarkan alam (dah macam alasan yang digunakan oleh org kafir semasa menentang tanah perkuburan Kota Kemuning ajo). Sebaliknya orang kafir ini dgn bongkak, mengarahkan kami melakukan ibadah korban di sekolah. Sedangkan orang kafir tidak pernah bertimbang rasa dimana mereka biarkan anjing-anjing peliharan berak di tamam & kawasan lapang dimana kawasan ini dikongsi oleh semua masyarakat. Pokok - pokok digunakan untuk menambat anjing - anjing mereka sedang perkara ini dilarang dalam undang - undang pihak berkuasa tempatan, mereka tidak pernah kesah pun tentang isu ini kepada jiran - jiran islam & MPKj pun tak ambil tindakan.
Dah jadi "Aiman tak kesah" ajo. Apa org kafir ini ingat negara ini negara bapak dia kah....Bukan kah kita telah diajar supaya memastikan sisa - sisa daging korban & aqiqah harus diuruskan & ditanam dgn sempurna seperti sunah nabi kita, bodoh sangat kah penduduk Islam kajang Prima...Hanya Allah yang tau...
4. Tahukah anda, kami terpaksa mendirikan khemah di jalan kosong semata - mata untuk mendirikan solat dan mengadakan kenduri daging aqiqah. Beginilah realitinya kehidupan penduduk Kajang Prima yang tidak mempunyai surau sebagai pusat aktiviti keagamaan & kebajikan untuk masyarakat Islam. Inilah realiti keharmonian kaum yang wujud di sebuah taman yang bernama TAMAN KAJANG PRIMA.
Taman yang awalnya mempunyai tapak masjid kemudian diambil untuk pembinaan masjid, lepas itu mempunyai tapak surau kemudian ditarik balik hanya kerana bantahan orang kafir & akhirnya hilang semuanya dan merempat untuk menunaikan kegiatan ibadah.Ini lah cerita orang yang mempunyai tanah luas utk rumah ibadat akhirnya sekangkang kera pun tiada. Cuma kesah yang berbeza, yang haram pon dapat ganti 10 ribu kaki persegi. Itulah beza yang halal & yang haram. Terima kasih!!! Janji hanya tinggal janji...Adakah ini konsep "Islam Hadhari"???
Sekian, segala yang baik datangnya daripada Allah dan kelemahan itu datangnya daripada kami, wasallam.
Sumber : Tafadhal (Catatan diari kehidupan Leklook)
Surat daripada Jawatankuasa pembinaan surau di Kajang Prima, Selangor yang dihantar kepada pemimpin politik dan salinannya kepada kebanyakkan media. Sebelum ini, isu pembinaan surau di taman perumahan itu telah beberapa kali disiarkan di media

Surau Kajang Prima Peristiwa 2007


12 Disember 2007 .....

Haji Said


13 Mei 2009 ..... Hj. Said admitted kat Hospital Kajang ....... Tingkat 1, Wad 2, Katil 2, Katanya masalah asma ...... Semoga beliau lekas sembuh ........
Sumber : Saudara Rashdan ....

Program Bacaan Yassin (rumah ke rumah) Kajang Prima


Kelab Sukan Dan Rekreasi Kajang Prima telah mengeluarkan jadual terbaru bermula 13 Mei 2009 (selepas perubahan) bacaan Yassin dari rumah ke rumah yang mana akan diadakan selang dua minggu dari bulan Mei – Ogos 2009 adalah seperti berikut:

Bulan Mei
2 Mei 2009 Tn. Hj. Ahmad Fatani bin Hj. Abdul Rahman di alamat No. 12, Jalan KP3/3

9 Mei 2009 En. Yusran Yusof di alamat No. 36, Jalan KP2/14
23 Mei 2009 En. Mohamad Zahir bin Mohamad Zain No. 73, Jalan KP3/2

Bulan Jun
6 Jun 2009 En. Mohd Fazil bin Ibrahim No. 19, Jalan KP2/4
20 Jun 2009 En. Azieruddin bin Md Zin No. 21, Jalan KP2/21

Bulan Julai
4 Julai 2009 En. Bukhori bin Ahmad No. 3A, Jalan KP2/15
18 Julai 2009 En. Mohd Zaini bin Hashim No. 3A, Jalan KP2/11

Bulan Ogos
1 Ogos 2009 En. Shaiful Bahrin bin Hashim No. 29, Jalan KP2/17
15 Ogos 2009 En. Ibrahim Chia bin Abdullah No. 3A, Jalan KP3/4

Program ini akan disambung semula selepas bulan ramadhan.

Diharapkan kita semua dapat sama-sama menjayakan program ini disamping kita mengeratkan silaturahim antara kita penduduk Islam Taman Kajang Prima.
Sumber : Saudara Nizam
Setiausaha KSRKP

Tuesday, May 12, 2009

Otai


Otai adalah merupakan bahasa slanga (Bahasa Inggeris : old-timer) adalah sebuah istilah moden yang bermaksud seorang yang sudah lama bergiat dalam sesuatu bidang atau seorang yang mempunyai banyak pengetahuan mengenai sesuatu perkara. Otai juga berasal dari perkataan Inggeris, old-timer (otai) yang bermaksud orang lama.

Penerangan Isu Surau Kajang Prima Mei 2009



Kepada semua penduduk Islam Kajang Prima dijemput hadir ke sesi penerangan berhubung isu surau Kajang Prima pada 17 Mei 2009 (Ahad) di Surau Sekolah Menengah Taman Jasmin bermula dengan solat Maghrib.
Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Ertinya ; Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid (surau) di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dan Al-Tarmizi )
Dalam hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan orang yang mendirikan masjid (rumah Allah) atau balasan yang akan didapati oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis :
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid (surau) semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah Taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."

Monday, May 11, 2009

Kuda Laut

Kuda Laut adalah sejenis ikan yang hidup di laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae. Haiwan dengan ukuran yang bervariasi antara 16 mm (untuk spesies Hippocampus denise) hingga 35 cm ini boleh ditemui di perairan tropika dan beriklim panas di seluruh dunia. Kuda laut merupakan satu-satunya spesies yang jantannya dapat hamil.

Sirip dorsal pada kuda laut terletak pada bahagian bawah sedangkan sirip pektoralnya pula terletak pada bahagian kepala,dekat insang. Beberapa spesies kuda laut berwarna transperan sebagian, sehingga tidak mudah terlihat.

Populasi kuda Laut terancam karena aktiviti penangkapan yang berlebihan. Kuda Laut dimanfaatkan pada herbalogi tradisional Cina dan sebanyak 20 juta kuda laut telah ditangkap setiap tahun untuk keperluan ini. Sejak 15 Mei 2004 urusan import dan eksport kuda Laut adalah tertakluk di bawah Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Poyo


Hari ni Kuda Laut 19 nak citer sikit pasal perkataan bombastik masa kini .... poyo ..... apa dia poyo tu kan ..... dulu selalu kita dengar orang sebut tentang poyo ....

Mengikut Urban Dictionary, poyo didefinasikan sebagai Malaysian slang for a person who doesn't realize how fag he/she is, shameless action, self boasting, liar, lame/pathetic used by teenagers and some 'young' adults. Offensive, when used intentionally and can lead to quarrels and fight if used for insulting purposes.

Contoh ayat bagi menggunakan perkataan poyo adalah seperti berikut ; Takleh la nak kawan dengan mamat poyo tuh. (that guy is too poyo to be friended with) .......

Dalam kamus Dewan tak ada pulak perkataan poyo ni sewaktu Kuda Laut 19 belek-belek kamus tu ... Menurut kawan Kuda Laut 19 Lebai Google .... yang ditengok dari Wikipedia .... Poyo ialah sepatah perkataan bukan piawai yang boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.

Perkataan poyo tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:
Seorang yang berlagak, merasakan diri bagus, dan suka temberang atau seorang yang hodoh dan buruk.

Jadi dari definasi yang diberikan itu, tujuan penggunaan perkataan poyo kepada seseorang bertujuan untuk menghina dan merendah-rendahkan martabat seseorang. Perbuatan merendah-rendahkan kebolehan seseorang merupakan satu tindakan yang tidak sesuai di dalam masyarakat yang menjunjung kesopanan dan kesusilaan sebagai cara hidup berukun. Apatah lagi, tindakan yang dilakukan oleh seorang yang terpelajar dan berpendidikan tinggi.

Seorang yang berpendidikan tinggi seharusnya bertindak mengikut lunas-lunas keilmuan dan menjunjung tinggi budaya hormat menghormati orang lain. Seorang yang bijak pandai tetapi mengeluarkan perkataan yang tidak bermaruah dengan tujuan menghina, mencaci cerca, menjejehkah cerita ke sana sini dan merendahkan martabat orang lain bolehlah dianggap seumpama, kurang berakhlak.

Untuk itu, selalulah bermuhasabah diri kita selalu. Manusia sentiasa ada kekurangan kerana kita tidak dilahirkan sempurna semuanya. Allah tidak akan tanya apa yang orang lain lakukan tetapi apa yang kita buat sepanjang hayat dikandung badan. Pesan Kuda Laut 19 .....janganlah kita jadi poyo dan jangan kita mengatakan orang lain poyo ..... Sayonara .....

Futsal 10 Mei 2009


Futsal adalah aktiviti sosial bagi penduduk Kajang Prima yang bernaung di bawah Kelab Sukan Kajang Prima. Aktiviti ni dijalankan secara mingguan dan antara koleksi yang sempat dirakamkan oleh Kuda Laut 19 adalah pada 10 Mei 2009 di tempat biasa Sport Planet Bandar Tek Kajang. Hari tu seramai 13 orang Kajang Prima All Star telah turun beraksi dengan dipimpin oleh Captain Nizam. Kuda Laut 19 sempat merakamkan beberapa aksi pemain untuk tatapan bersama.

Sesi futsal 10 Mei tidak begitu menggembirakan kerana Pengerusi Kelab Sukan kita yang penuh karisma, saudara Shah tidak dapat beraksi kerana ditimpa musibah ........ kabarnya petang tersebut kereta saudara Shah telah dicalarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab .... Kuda Laut 19 mengutuk keras tindakan kebudak-budakkan tersebut (yang ada unsur vandalisme) ... kepada saudara Shah diharap dapat bersabar dengan dugaan tersebut .....

Balik kepada sesi futsal kita .... yang beraksi mantap pada petang tersebut tentulah Captain Nizam kita dan Amir yang berupaya beraksi selama 60 minit tanpa henti .... paru-paru dia orang ni besar kot .... Macam David Backham ..... Kuda Laut 19 macam biasa lah .... 2 minit aje .... 109 kg .... mana tahan bro ....

Yang menarik juga ... Fadzri telah kembali beraksi ... walaupun masih di bawah keupayaan sebenar ... kecederaan lutut yang membelenggu prestasi .... ternyata kehadiran Fadzri telah memberikan impak maksima kepada perlawanan petang tu .... Tapi yang menariknya .... Rashdan .... selain dari telah menjaringkan beberapa gol .... juga telah mempamerkan gaya rambut barunya .... ala-ala Ronaldo dan Roberto Carlos ...... kelas gitu Rashdan .......

Yang lain juga telah mempamerkan permainan yang bersemangat ..... Abang Zali dan Fendi yang hebat jadi keeper, Zaini keeper merangkap defender .... Amin yang tak berhenti berlari, Rahin (pemain rajin), Rashdan (Rashdan score goal hari tu), Man (kereta kebal), Han (power tu....) dan Yus (Yus jadi striker hari tu) .....

Petang tu Fendi siap pakai jersi Arsenal lagi .... Amir jersi Manchester United dan Rashdan mempamerkan jersi Barcelona ..... Semoga rakan yang lain boleh join di sesi futsal yang akan datang .... Sokonglah aktiviti kelab sukan kita .... kalau bukan kita siapa lagi nak sokong ..... Adios ....