Tuesday, May 12, 2009

Penerangan Isu Surau Kajang Prima Mei 2009



Kepada semua penduduk Islam Kajang Prima dijemput hadir ke sesi penerangan berhubung isu surau Kajang Prima pada 17 Mei 2009 (Ahad) di Surau Sekolah Menengah Taman Jasmin bermula dengan solat Maghrib.
Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Ertinya ; Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid (surau) di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dan Al-Tarmizi )
Dalam hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan orang yang mendirikan masjid (rumah Allah) atau balasan yang akan didapati oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis :
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid (surau) semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah Taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."

No comments: