Monday, December 7, 2009

Solat Aidiladha Kajang Prima 1430H

Sekali lagi penduduk islam Kajang Prima menunaikan solat Aidiladha 1430H di bawah khemah dan di atas jalan raya berikutan isu tapak surau yang masih belum berpenghujung. Program bermula dengan solat Maghrib dan diikuti dengan solat isyak secara berjemaah. Setelah itu diadakan program takbir dari rumah ke rumah dan seramai 10 orang penduduk telah terpilih untuk menyertai program takbir yang diadakan di rumah mereka. Program yang diadakan selepas isyak itu bermula di rumah Ustaz Akashah dan berakhir pada jam 12.15 tengah malam di rumah saudara Fadhil. Keesokkan harinya solat Idul Adha diadakan di lokasi yang sama dengan dipimpin oleh Ustaz Akashah. Berikut ini dipaparkan sebahagian dari gambar-gambar sewaktu program berlangsung.























































Taklimat Status Tapak Surau Kajang Prima

Satu taklimat berhubung status terkini tapak surau Kajang Prima telah diadakan pada 31 Oktober 2009 di Surau Sekolah Menengah Taman Jasmin. Taklimat telah disampaikan oleh Saudara Shah dan bersama ini dipaparkan sebahagian dari gambar-gambar sewaktu taklimat berlangsung.
















Mesyuarat Kelab Sukan & Rekreasi Kajang Prima

Kelab Sukan & Rekreasi Kajang Prima (KSRKP) pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan kejohanan boling Kajang Prima anjuran KSKRP dan lain-lain program kelab. Mesyuarat ini telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Taman Jasmin. Bersama ini dipaparkan sebahagian dari gambar-gambar sewaktu mesyuarat berlangsung.