Monday, December 7, 2009

Solat Aidiladha Kajang Prima 1430H

Sekali lagi penduduk islam Kajang Prima menunaikan solat Aidiladha 1430H di bawah khemah dan di atas jalan raya berikutan isu tapak surau yang masih belum berpenghujung. Program bermula dengan solat Maghrib dan diikuti dengan solat isyak secara berjemaah. Setelah itu diadakan program takbir dari rumah ke rumah dan seramai 10 orang penduduk telah terpilih untuk menyertai program takbir yang diadakan di rumah mereka. Program yang diadakan selepas isyak itu bermula di rumah Ustaz Akashah dan berakhir pada jam 12.15 tengah malam di rumah saudara Fadhil. Keesokkan harinya solat Idul Adha diadakan di lokasi yang sama dengan dipimpin oleh Ustaz Akashah. Berikut ini dipaparkan sebahagian dari gambar-gambar sewaktu program berlangsung.