Sunday, November 22, 2009

Kejohanan Boling Kajang Prima 2009

Kelab Sukan & Rekreasi Kajang Prima telah menganjurkan Kejohanan Boling Kajang Prima 2009 pada 22 November 2009 lalu, bertempat di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang. Seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian iaitu 36 lelaki dan 24 wanita. Kejohonan boling ini juga telah mendapat sambutan hangat di mana seramai 15 pasangan suami isteri warga Kajang Prima telah mengambil bahagian. Senarai pemenangnya adalah bagi kategori kumpulan lelaki : Johan (Didi, Rashdan & Bokhari), Naib Johan (Wan Zulrushdi, Fairuz & Shazali), Ketiga (Reza, Abdul Rahman & Fahmi). Kategori wanita berkumpulan Johan (Sopia Norfarzana, Rosmarina & Aziatul), Naib Johan (Faridah, Nurhayati & Mazlifah), Ketiga (Rose Hassan, Nooraniza & Wan Nisa). Peserta terbaik lelaki pula Saudara Mohd Fahmi manakala wanita Saudari Faridah. Pasangan suami isteri mengumpul jatuhan pin terbanyak pula ialah saudara Wan Zulrushdi & Nooraniza). Berikut adalah merupakan sebahagian daripada gambar yang sempat dirakamkan oleh blogger Kuda Laut 19 sewaktu kejohanan tersebut untuk tatapan bersama.
Antara peserta yang paling awal tiba ........
Sebahagian peserta wanita Kajang Prima ......
Saudara Fadzri dan Pok Din ..... Serius di meja pendaftaran .....

Presiden Kelab Sukan Kajang Prima, Saudara Shah sedang memantau persiapan .......

Eh Eh ..... Apa yang Rashdan buat kat Rahman tu ..... mungkin sebahagian strategi untuk menang kot ....

Saudara Nizam, Han dan Safri sedang membuat pendaftaran .......

Posing terbaik dari pemuda Kajang Prima ....

Antara yang hadir di Ampang Superbowl ....
Bokhari dari kumpulan 9 .....
Antara peserta yang hadir ...
Hadiah yang menjadi rebutan .....
Sesi menenangkan diri ....
Harap-harap aku yang menang piala ni .......
Aksi terbaik dari Bokhari "The X-Men" .....

Nizam dan Ibrahim Chia memulakan aksi .... boling ke buah tembikai tu ....
Masing-masing serius di lapangan .....
Aksi maut dari Yus .......
Saudara Shazali sedang mengatur strategi ....
Trio Kajang Prima sedang memperagakan aksi maut .....
Nizam, Ibrahim, Abang Ali dan Azhar ........ memang bersemangat ....
Saudara Mat Smidec ....... berjersi hitam .....
Nizam dan Bokhari sedang beraksi ....
Yus sedang memberikan petua bagaimana nak menang ....
Tentera merah Kajang Prima .....
Zaini memastikan gambarnya ada ....
Nizam, Yus dan Rahman ...... Yus kata sakit perut dia tengok bola boling tu ....
Saudara Shah sedang memastikan keadaan terkawal ....
Barisan pelapis Kajang Prima ......
Anak-anak yang hadir memberikan sokongan .....
Rashdan sedang memberikan aksi terbaik .....
Sedang merangka strategi .... menang atau memenangkan pihak lawan ....
Tahniah Saudara Wan Zulrushdi dan pasangan .....
Shah sedang menyampaikan hadiah ....
Tahniah kepada semua pemenang ..... yang kalah jangan putus asa .... teruskan usaha .... tahun depan cuba lagi ....
Gambar ni gelap bagi memperingati peristiwa bekalan elektrik terputus selama hampir 8 jam di Kajang Prima pada malam sebelum pertandingan .....

Tahniah kepada semua yang bertanding ..... sokong lah aktiviti kelab sukan kita ....