Monday, May 11, 2009

Poyo


Hari ni Kuda Laut 19 nak citer sikit pasal perkataan bombastik masa kini .... poyo ..... apa dia poyo tu kan ..... dulu selalu kita dengar orang sebut tentang poyo ....

Mengikut Urban Dictionary, poyo didefinasikan sebagai Malaysian slang for a person who doesn't realize how fag he/she is, shameless action, self boasting, liar, lame/pathetic used by teenagers and some 'young' adults. Offensive, when used intentionally and can lead to quarrels and fight if used for insulting purposes.

Contoh ayat bagi menggunakan perkataan poyo adalah seperti berikut ; Takleh la nak kawan dengan mamat poyo tuh. (that guy is too poyo to be friended with) .......

Dalam kamus Dewan tak ada pulak perkataan poyo ni sewaktu Kuda Laut 19 belek-belek kamus tu ... Menurut kawan Kuda Laut 19 Lebai Google .... yang ditengok dari Wikipedia .... Poyo ialah sepatah perkataan bukan piawai yang boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari.

Perkataan poyo tidak terdapat di dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya. Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat. Ia lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.

Namun begitu, berdasarkan penggunaannya, ia boleh dikatakan bermaksud berikut:
Seorang yang berlagak, merasakan diri bagus, dan suka temberang atau seorang yang hodoh dan buruk.

Jadi dari definasi yang diberikan itu, tujuan penggunaan perkataan poyo kepada seseorang bertujuan untuk menghina dan merendah-rendahkan martabat seseorang. Perbuatan merendah-rendahkan kebolehan seseorang merupakan satu tindakan yang tidak sesuai di dalam masyarakat yang menjunjung kesopanan dan kesusilaan sebagai cara hidup berukun. Apatah lagi, tindakan yang dilakukan oleh seorang yang terpelajar dan berpendidikan tinggi.

Seorang yang berpendidikan tinggi seharusnya bertindak mengikut lunas-lunas keilmuan dan menjunjung tinggi budaya hormat menghormati orang lain. Seorang yang bijak pandai tetapi mengeluarkan perkataan yang tidak bermaruah dengan tujuan menghina, mencaci cerca, menjejehkah cerita ke sana sini dan merendahkan martabat orang lain bolehlah dianggap seumpama, kurang berakhlak.

Untuk itu, selalulah bermuhasabah diri kita selalu. Manusia sentiasa ada kekurangan kerana kita tidak dilahirkan sempurna semuanya. Allah tidak akan tanya apa yang orang lain lakukan tetapi apa yang kita buat sepanjang hayat dikandung badan. Pesan Kuda Laut 19 .....janganlah kita jadi poyo dan jangan kita mengatakan orang lain poyo ..... Sayonara .....

No comments: